BMKC Connet Hubungkan Ibu Bapa Dengan Anak Di Taska

Kerisauan ibu bapa selepas menghantar anak ke taska ialah tentang bagaimana keadaan anak mereka dari masa ke semasa setelah ditinggalkan. Sudah makankah belum? Apa yang sedang dilakukan? Selamatkah anak mereka di sana? Aktiviti dan program apa hari ini? Siapa yang mengasuh anak mereka? Sudah makan ubat kah? dan macam-macam lagi persoalan tentang keselamatan dan kesihatan anak mereka.

BondaMama mengambil berat tentang keluh kesah yang bermain di benak fikiran ibu bapa. Hasil dari R&D dan soal selidik terhadap ibu bapa maka terciptalah apa yang dinamakan sebagai BMKC Connect , sebuah aplikasi mobile yang digunakan di semua cawangan taska BondaMama Kids Centre. Melalui Apps ini ibu bapa sentiasa “bersambung” dengan anak-anak mereka dan juga pengasuh setiap masa ketika anak mereka di taska.

Aplikasi BMKC Connect ini merupakan yang pertama di Malaysia bagi menyambungkan ibu bapa dengan anak-anak mereka semasa di taska. Melaluinya ibu bapa boleh menonton live video pada sesi-sesi yang ditetapkan. Selain dari itu ibu bapa boleh menghantar log harian keadaan semasa anak mereka sebelum ditinggalkan kepada pihak taska.

Pihak taska juga akan memberikan laporan kepada ibu bapa tentang anak-anak sejurus sebelum anak-anak diambil ibu bapa pada sebelah petang. Laporan tersebut antaranya akan memberikan butir-butir kesihatan, program, makanan dan lain-lain lagi.

Pendek kata BMKC Connect ialah satu sistem yang memberikan ketenteraman fikiran ( peace of mind ) kepada ibu bapa ketika anak-anak berada dibawah jagaan taska.