Kursus Berterusan Untuk Kakitangan di Taska dan Tadika

Pembangunan kepemimpinan berstruktur dan berterusan ini bertujuan melahirkan kakitangan kompeten dan berkaliber. Kakitangan yang hebat bukan hanya mempunyai tahap pengetahuan tinggi tetapi juga memiliki peribadi mulia dan kemahiran kepemimpinan yang tinggi.

Justeru, pembangunan kepemimpinan adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan dalam menyediakan kakitangan masa hadapan bagi menempuh persekitaran yang sentiasa berubah, menuntut mereka memperbaiki dan membangunkan kemahiran serta pengetahuan baharu.