Mengenai Kami

BondaMama bermula daripada Pengasas kami  Encik Ameer Soekre Ishak yang terlibat dengan NURY Institute of Family & Child Development, di bawah YBhg. Dato’ Dr Noor Laily  Dato’ Abu Bakar dan Haji Mansur Sukaimi menginginkan suatu sistem pembangunan kanak-kanak yang holostik dan dalam masa yang sama mengekalkan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak membesar dalam suasana yang kondusif. 

Sehubungan dengan itu, beliau berusaha untukmewujudkan tempat bagi kanak-kanak dengan menawarkan pelbagai kelas berkualiti tinggi serta di kendalikan oleh tenaga pengajar yang bersemangat tinggi dan terlatih. 

Pada bulan Mei 2008, taska pertama BondaMama Kids Centre (BMKC) telah di lancarkan di Kuala Lumpur.

BondaMama Kids Centre (BMKC) terus berkembang dan maju serta berdaya saing dengan Program Bimbingan Usahawan Taska di seluruh negara. Sehingga kini lebih 200 BondaMama Kids Centre (BMKC) telah di tubuhkan dengan pemiliknya terdiri dari usahawan yang telah di latih oleh BondaMama.